Sunday, February 7, 2010

Annur Syahmah Kembali.,,.(^^,)


Add Image
Salam,
Alhamdulillah wa syukurillah,setelah sekian lama menyepi dari cuti raya yang panjang,di beri kesempatan Oleh-NYA untuk kembali melakar di halawatul iman ni..moga diri ini lebih Fokuss selepas ini..Ameen.Maaf di pinta buat sahabat2 atas kesibukan diri ini sampai xterupdate2 blog ini buat sekian lamanya.Di kesempatan ini,nah....saya bawakan buah tangan buat tatapan sahabat sekalian,sebuah buku baru yang berada di pasaran sekarang,buku ini sangat bagus & bermanfaat untuk di jadikan santapan rohani kita sebagai seorang HambaNYA.


Tajuk : Dengan NamaMu Aku Hidup; Asmaul Husna
Pengarang : Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Penerbit : Kemilau Publika Sdn Bhd
Mukasurat : 309 Halaman Price : RM17.00 (Sem Malaysia)
RM20.00 (Sabah / Serawak )

Sebuah hadiah dari penulis buat Ummah,Dengan NamaMU Aku Hidup Asmaul Husna,Bertetapan dengan tajuknya,Sangat mendalam maknanya Bagi yang merenungi,mendalami dan memerhati,bagaimana pertarbiyahan buat diri dari merenungi Bait nama-nama dan sifat-sifat yang terakam dari Asma`-Asma`NYA untuk di adaptasikan dalam kehidupan kita sehari2an sebagai seorang HambaNYA.Selamat Membaca,
Fi amanillah...

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya `Aidilfitri


Selamat menyambut Hari raya aidilfitri buat semua umat islam , terutamanya buat family yang tersayang,sabarla wahai umi menunggu kepulangan anakmu ini=) , tidak lupa juga buat sahabat - sahabat yang di kasihi tidak kira di mana juga kalian berada ,maafkan atas segala salah & silap , sesungguhnya diri ini adalah hambaNYA yang dhoif yang sering melakukan kesilapan.SELAMAT HARI RAYA , MAAF ZAHIR DAN BATIN.


annur _syahmah,
UPM SERDANG

Tuesday, September 8, 2009

Selamat Menjalani UPSR adikku!!

sekadar gambar hiasan

salam mahabbah ,usai sahur ,ingin ku mencoret sepatah dua kata , di sini , sebagai bakal guru..insyaAllah ,sy nak ambik kesempatan untuk ucapkan selamat menjalani peperiksaan buat semua adik2 yang akan menempuhinya bermula pada hari ini.Moga di permudahkan urusan olehNYA..Amen.

Nur Deyana Bt rosli , Sek Ren Kebangsaan Kamil Satu ( 1 )

Teristemewanya buat adikku yang tersayang , Nur Deyana Bt Rosli ,adik bongsu ku , yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada harini , bila di tanya ,macam mana , adik dah sedia belum??..katanya , adik takutla k.arah...kedengaran suaranya dalam nada yang gusar...hmm...tersenyum ku seketika , teringat di zamanku di bangku persekolahan dulu , setiap kali nak menjalani peperiksaan besar , memang begitulah juga..lumrah seorang pelajar...cuma kataku padanya ,

" Adik jange takut , xde apepun sebenarnya exam2 , yang penting , adik cuba buat yang terbaik , adik dah usaha dahkan...doa banyak2,moga Allah tenangkan hati & boleh jawab exam dengan baik..k.arah , umi ,abah & yang lain mendoakan kejayaan untuk adik..insyaALLAH"

ku dokan buatmu adik , moga kau jadi hambanya yang bertaqwa ,lahir sebagai penolong agama Allah di muka bumi ni... & Moga hajat untuk ke Ma`ahad Tahfiz Sains di perkenankan olehNYA....InsyaAllah.

Tinta Subuh , 5.40 am

Monday, September 7, 2009

Menjawab Tag dari adik yah..



asif sangat, dik yah..lambat jawab..(^^,)...
tiada apa2 yang istimewa tentang diri ini , hanya seorang hambanya yang daif..


1) nama timangan anda?
banyakla namanya..arah , k.arah , farah , maizah , syahmah dan aisyah ,aisyahni hanya special dari k.alin & k .ngah yang tersayang=).xkisahla apapun panggilannya,asalkan ianya mendoakan kebaikan untuk diri ini...


2) Anda seorang yang...
hmm..nipun xreti nak describe...mlalui muhasabah oleh sahabt2,pendiam ,pelupa , kalut & tegas..tp bagi diri sendiri, seorang yang perahsia , susah nak crita apa2 orang , sensitif tapi xcepat merajuklah..masih dapat rasional lagi.seorang yang sangat suka makan Tempe...

3) insan teristimewa
semua yang dekat di hatini..insyaAllah.

4) lagu kesukaan
apa sahaja yang mendidik hati , terutamanya yang rentaknya slow.

5)makanan kesukaan
apa sahaja produk dari tempe

6)sikap yang membuatkan anda stress
bilamana lupa letak barang..

7) warna kegemaran
hitam..hitam..hitam...coklat & kelabu

8) menda yang ada dalam beg
buku , pen,beg duit ,hndset & pendrive

9) bila kali terakhir menangis
rahsia
10 ) tag untuk rakan anda.
ni soalan yang paling best ,
- k.alin
- k.ngah
- dirah
- bingkisan nurani
- bingkisan rindu
- cik atulasca

Wednesday, July 29, 2009

Manhaj Salaf tidak Melurus bendulkan Siasah

Jika tidak banyak yang dapat saya belajar semasa menuntut ilmu di Bumi Syam, ada sesuatu yang sentiasa tersemat di dalam diri hasil sentuhan ilmuan dan pejuang Islam di sana.

Manhaj Salaf tidak pernah mengajar kita menjadi manusia yang naif atau lurus bendul tentang Siasah.

Mungkin itulah satu kelebihan yang banyak ditawarkan oleh peluang pengajian di bumi Jordan.

Para Ulama’ di sana ramai yang bermanhaj muhadditheen, ramai yang mendukung aliran Salaf dalam pendekatan mereka. Namun Ulama’ yang mengisi kerusi-kerusi akademik di sana, bukanlah para ilmuan yang bersantai-santai dengan teori atau di kerusi pemerhati.

Mereka adalah ilmuan yang menjadi pasak di tengah gelanggang.

Bermula daripada gelanggang siasah, hinggalah ke gelanggang qital dan jihad.

“Aku merayu kepada-Mu ya Allah agar aku masuk ke Syurga-Mu dengan kaki yang tempang ini,” kata Sheikh Muhammad ‘Abd al-Qadir Abu Faris.

Beliau berucap sempena sambutan al-Israa’ wa al-Mi’raaj di Masjid Abdul Rahman bin ‘Auf, Amman, pada suatu malam di tahun 1997. Kakinya tempang bukan kerana diseksa Yahudi atau Nasrani, tetapi oleh pemerintah Arab yang sebangsa seagama, tetapi memusuhi perjuangan menegakkan sistem Islam.Tahun itu adalah tahun yang penting buat umat Islam di Jordan apabila kerajaan mengubah sistem pilihanraya dengan mengimplimentasikan Akta 1 Undi yang diperkenalkan pada tahun 1993.

Sheikh Muhammad ‘Abd al-Qadir Abu Faris bersama seorang lagi tokoh penting bersama beliau iaitu Sheikh Hammam Sa’eed, adalah dua tokoh politik penting al-Ikhwan al-Muslimun di Jordan. Mereka juga merupakan ahli akademik yang kesarjanaannya bukan sekadar terikat kepada sempadan negara Jordan malah menjadi rujukan ke negara-negara Arab yang lain, jika tidak keterlaluan dikatakan di seluruh dunia.

Sheikh Muhammad ‘Abd al-Qadir Abu Faris digelar sebagai Abu Siasah. Ketokohannya di dalam ilmu Siasah Syar’iyyah menjadikan beliau salah seorang pakar rujuk di dalam bidang itu. Beliau juga pernah menerima jemputan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada era 90′an untuk hadir berkongsi ilmu dan pengalaman di wacana akademik yang dianjurkan. Namun kesarjanaannya di gelanggang akademik tidak menjadikan beliau naif dengan putar belit regim Arab yang sebangsa dan seagama dengannya itu.

Begitu juga dengan Sheikh Hammam Sa’eed.Beliau adalah ilmuan Hadith. Kepakarannya di dalam ilmu ‘illah di dalam sanad dan matan menjadikan beliau sebagai salah seorang rujukan penting tatkala subjek berkaitan dibentangkan, sama ada di seminar, mahu pun di dalam viva pelajar-pelajar peringkat Masters dan PhD di bidang Hadith.

Tetapi Sheikh Hammam Sa’eed tidak naif dan lurus bendul di dalam Siasah.

Sama juga dengan Sheikh Muhammad ‘Abd al-Qadir Abu Faris, juga Sheikh Abdul Mun’em Abu Zanat yang kesemua mereka itu adalah wakil rakyat di Parlimen Jordan.

Pendirian mereka amat jelas dan tegas, sama ada di dalam soal perkembangan krisis Palestin di seberang sempadan, mahu pun dengan kabinet Jordan dan institusi pemerintahan beraja di negara itu.

Pernah suatu ketika, Sheikh Hammam Sa’eed ditanya tentang pandangan umum yang meletakkan gerakan Islam seperti al-Ikhwan al-Muslimun sebagai sebuah gerakan pelampau yang menyokong keganasan serta menyetujui idea Takfir. Pandangan itu dikatakan kesan daripada pengaruh pemikiran Sayyid Qutb. Kajian Barat sering mempotretkan Sayyid Qutb sebagai ideologue di sebalik aliran keras dan anti-establishment.

Dakwaan yang turut dijamah oleh kelompok Muslim yang berpenyakit dalam persepsi.

Katanya, “sebelum saya memberikan jawapan, saya mahu mengingatkan anda bahawa rejim Arablah yang telah meninggalkan Islam sebagai sistem politik. Kita mesti menerima kebenaran ini. Al-Ikhwan al-Muslimun tidak sepatutnya ditunding kesalahan tatkala sistem pemerintahan mahu dibincangkan. Kesalahan harus diletakkan kepada pemerintah-pemerintah (rejim) Arab yang enggan melaksanakan Islam.” [Lihat laporan Mshari Al-Zaydi yang disiarkan di akhbar Asharq Al-Awsat bertarikh 30/12/2005 - ejaan nama Humam Said adalah kerana memetik temubual ini, walaupun umumnya lebih biasa dieja sebagai Hammam

Saeed]Sheikh Hammam Sa’eed adalah seorang yang bermanhaj Salaf. Ilmuan di dalam Hadith. Seorang ahli akademik yang melebihi pangkat seorang mufti. Tetapi ia tidak menjadikan pandangan dan pendiriannya kucar-kacir tatkala membina pendirian yang tegas terhadap pemerintah yang sebangsa dan seagama dengannya tetapi enggan menerima Islam sebagai asas polisi dan moral politik negara.

Itu soal politik.

Soal polisi, pengurusan kuasa, pengendalian tatacara pemerintahan yang membabitkan penghasilan keputusan-keputusan yang secara langsung memberikan impak kepada politik, sosial dan ekonomi rakyat.

DAKWAH

Tetapi ketegasan mereka di dalam pendirian-pendirian siasah tidaklah pula menjadikan mereka tertutup, selektif dan menghadkan ruang dakwah.

Jika di Parlimen, dakwah disampaikan dalam bentuk teguran, nasihat malah amaran kepada seluruh hiraki pentadbiran, tatkala ada kemungkaran yang memerlukan kepada pembetulan. Namun di luar Parlimen, mereka ini gigih berdakwah di halaqah, majlis-majlis ilmu di masjid, di dalam seminar dan di segenap penjuru serta ruang dakwah yang ada.

Seluruh ruang dakwah itu terbuka kepada semua. Sesiapa sahaja yang tulus mahu menambah ilmu pengetahuan tentang Islam, dialu-alukan hadir ke majlis-majlis ilmu ini. Ada yang bermukim di masjid-masjid tertentu seperti Masjid Abd al-Rahmaan ibn ‘Auf, ada juga yang mengadakan majlis ilmu di kediaman-kediaman dan dewan peribadi seperti amalan Dr. Ahmad Naufal, yang juga seorang aktivis dan sarjana akademik.

Ruang dakwah inilah yang menjadi medan untuk seluruh peringkat manusia dididik, ditegur, dibetulkan, didisiplinkan dengan nasihat-nasihat agama dan wasiat iman. Dakwah tidak mengenal label manusia, baik mereka itu petani, nelayan dan pekerja awam, mahu pun tokoh, pemimpin masyarakat, pemimpin politik atau sesiapa sahaja sahaja.

Hatta Firaun yang dicela Tuhan itu pun boleh didatangi oleh Musa untuk menyampaikan teguran, nasihat dan amaran. Dakwah tidak punya batasan. Ia merempuh semua halangan.Tetapi keterbukaan dan keluasan cita-cita dakwah adalah berbeza sama sekali dengan soal keterbukaan Siasah serta kompromi prinsip. Siasah adalah soal prinsip serta polisi pemerintahan.

Inilah yang membingungkan saya, apabila agamawan-agamawan muda beraliran Salaf yang berkembang pesat di negara kita bercakap dan berfatwa tentang politik.Tidak dinafikan, mereka amat berjaya menimbulkan satu kesedaran yang perlu ke arah pemurnian dan ketulenan beragama (asolah) dalam aspek Aqidah dan Ibadah.Tetapi berbeza pula halnya dengan Siasah. Pandangan yang dilontarkan ke tengah masyarakat sering bersifat tekstual dan terpisah di antara teori dengan realiti.Sasarannya pula adalah PAS. Bantahan, teguran dan pandangan yang sinis tidak habis-habis ditujukan kepada PAS apabila PAS memutuskan untuk tidak meneruskan idea tentang Kerajaan Perpaduan. Isu yang sudah selesai di antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat ini, masih dibahaskan oleh tokoh-tokoh agama ini seolah-olah justifikasi yang diberikan oleh PAS tentang penolakan tersebut tidak mempunyai sebarang makna kecuali satu, TAASUB KEPARTIAN.

Itulah kalimah yang diulang saban hari, sebagai label kegunaan agamawan-agamawan bermanhaj Salaf ini.

SERUAN MAAF

PAS diseru supaya lebih pemaaf, melupakan sengketa lama dan bergerak ke arah perpaduan.

Soalnya, apakah PAS mempunyai hak untuk memaafkan kesalahan orang lain kepada Allah dan kepada umat? Bertindak zalim ke atas rakyat dengan akta-akta yang menafikan hak dibicarakan, membelakangkan hukum hakam Allah dalam polisi-polisi politik, ekonomi dan sosial, semua itu bukannya kesalahan terhadap PAS yang boleh PAS maafkan. Ia adalah kesalahan yang mencabuli HAK ALLAH dan hanya pelaku salah itu sahaja yang boleh mengubah keadaan ini dengan membuat perubahan di peringkat dasar.

Maaf memaafkan adalah tuntutan besar yang mesti disuburkan di dalam Islam.Namun, memaafkan individu berbeza daripada memaafkan sebuah kuasa pemerintahan.

Tiada sesiapa yang mempunyai hak untuk memaafkan kesalahan seseorang andai kesalahan itu membabitkan hak Allah dan hak orang ramai, bukan hak peribadi atau hak parti. Perjuangan PAS bukan mempertahankan kepentingan parti, tetapi memperjuangkan apa yang didefinisikan Islam sebagai hak Allah dan kepada serta daripada Allah jua kemaafan itu harus dicari juga diberi.

ANTI PERPADUAN?

Keputusan menghentikan usaha ke arah pembentukan Kerajaan Perpaduan itu pada masa ini juga bersesuaian dengan mandat yang diberikan pada Pilihanraya Mac 2008 yang lalu.

Rakyat yang mengundi Pakatan Rakyat, mereka memberikan undi atas mandat menentang apa yang dianggap sebagai kezaliman Barisan Nasional, serta mandat mengurangkan majoriti BN di pesada kuasa. Inilah mandatnya. Jika sesuatu ingin dibuat berlawanan dengan mandat ini, ia harus dikemukakan sebagai manifesto Pilihanraya Umum akan datang dan terserahlah kepada rakyat sama ada melihat perkongsian kuasa antara BN dan PR menjadi pilihan mereka, atau sebaliknya.

Mengubah dasar itu selepas diberi mandat, adalah suatu pengkhianatan.Hal ini sudah jelas dan menjadi keputusan yang difahami bersama di antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Malah Barisan Nasional juga sudah tidak lagi menggunakan bahasa-bahasa empati kepada PAS sebagaimana ketika isu ini hangat tempoh hari, sebaliknya kembali kepada bahasa asal mereka.Tetapi apa yang menimbulkan kehairanan kita ialah apabila persoalan yang sudah tamat ini, masih lagi dibicarakan oleh agamawan-agamawan ini, dengan tumpuannya kepada membayangkan PAS sebagai pihak yang berdendam, anti perpaduan dan mengutamakan permusuhan. Apakah ia suatu pendapat yang datang daripada penyakit-penyakit dalaman manusia? Saya memilih untuk berbaik sangka dengan hanya membangkitkan soal kenaifan dalam menggarap Siasah

.Soal hati, ia urusan Allah.

BERBEZA DENGAN DAKWAH

Politik ialah soal pengurusan bidang kuasa.

Ada pun semangat dakwah, berpesan-pesan dengan kebenaran dan bertolong-tolongan dalam perkara kebajikan dan taqwa, ia suatu medan yang berbeza.

Jika dilihat kepada pemimpin-pemimpin PAS seperti Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang selaku Presiden, dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz selaku Mursyid al-Am, mereka adalah Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri, Menteri Besar dan Pesuruhjaya PAS Negeri dalam konteks siasah. Tetapi mereka adalah ustaz, tuan guru, pendakwah dan pendidik yang tidak pernah berhenti mengajar di kuliah-kuliah dan ceramah, membuka kitab dan juga bercakap soal ilmu dengan penuh kesarjanaan.

Malah mereka berdua juga mendukung manhaj Salaf di dalam pendekatan mereka memahami nas dan tafsiran agama.

Tetapi di dalam siasah, mereka tidak naif atau lurus bendul, menjadi tekstual dalam memindahkan 1001 petikan al-Quran, Sunnah, Sirah dan Sejarah kepada realiti.

Jauh sekali saya mahu melabel maksum kepada sesiapa sahaja kecuali Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Tetapi sekurang-kurangnya aspek ini harus diberi perhatian.

Siasah adalah seni pemerintahan yang bukan hanya bergantung kepada keterangan teks ilmu, tetapi ia memerlukan kepada pandangan jauh, pengalaman yang luas dan panjang, agar kita sama-sama faham mengapakah Yazid bin Muawiyah menjadi pemimpin umat, ketika sahabat-sahabat yang senior masih ada.

Siasah dan kepimpinan bukan sekadar sebuah kesarjanaan.

Ia adalah ketajaman membaca persekitaran dan kebijaksanaan dalam memimpin.

Ada pun soal dakwah, ia adalah kenderaan berat yang merempuh semua halangan persepsi, label, ketua negara atau banduan penghuni penjara. Sesiapa sahaja yang memberi ruang kepada dakwah, menjadi satu kesalahan bagi pendakwah untuk mensesiakannya.

Tetapi kompromi siasah dan perkongsian kuasa, ia adalah subjek yang berbeza.

Saya mempelajarinya dari teladan para ilmuan yang bukan bersantai di kerusi pemerhati, tetapi mengotorkan kaki dengan jerih dan pedih realiti umat.

Terkenang kepada kata-kata Sheikh Dr. Mustafa Abu Zaid di selatan bumi Urdun:

Manhaj Salaf bukan manhaj yang menyingkatkan jubah, mengisi sugi di dalam kocek, menyimpan janggut dan bertudung kepala dengan serban merah. Ia adalah manhaj yang bersama-sama dengan sekalian kaum Muslimin dan Muslimat, membebaskan bumi Palestin, dan mengembalikan Hakimiyyah Allah!

Moga teladan itu tidak dilupakan.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Thursday, July 23, 2009

Mengapa kisah ini Ditutup...

Kisah menyanyat hati ini berlaku minggu lepas. Kisahnya begini, seorang muslimat Mesir di Jerman, Marwa Al-Sherbini, yang pada Ogos 2008 telah memfailkan saman kepada jirannya yang menggelarnya sebagai 'Terrorist', kerana beliau berhijab. Diulang, beliau digelar 'Pengganas', kerana beliau B.E.R.T.UD.U. N.G. !!
Maka setelah mendengar hujah kedua-dua pihak pada Rabu minggu lepas, mahkamah mendapati lelaki, yakni jiran kepada Marwa tadi bersalah, dan dikehendaki membayar denda 2800 Euro.Anda tau apa berlaku sesudah itu?

Lelaki ini telah menerkam ke arah Marwa, dan menikam mangsa 18 kali!! Ya, anda tak salah baca, memang 18 kali, dan yang paling teruk, Marwa ditikam sehingga mati, sambil beliau memeluk anaknya. Dan Marwa ketika itu mengandung 4bulan...tragis bukan?
However last Wednesday, Alex stabbed her 18 times to death in a German courtroom after the judges announced she won the case against him, and that he had to pay 2,800 Euros as a fine for his previous insults. Lagi di sini.
Belum cukup tragis, ada lagi. Suami Marwar yang melihat isterinya ditikam terus menerkam ke arah lelaki tadi, dan.......akhirnya suaminya juga ditikam 3 kali. Nah. Tidak cukup dengan itu, pengawal keselamatan yang 'melihat' kejadian tadi telah bertindak menembak suami Marwar. Nah... ini baru betul2 tragis.Sekarang anda fikir, bagaimana logik seorang perempuan ditikam 18kali di dalam mahkamah, tanpa ada seorang pun yang bertindak menyelamatkan wanita ini, melainkan suaminya, yang akhirnya berkesudahan ditembak.Logik atau tidak anda mengambil masa hanya 1 saat untuk menikam 18 kali? Cuba anda tikam angin 18 kali, berapa lama masa yang anda ambil, tikam secepat mungkin. Malah 1 saat untuk 1 tikaman pun sukar dicapai. Maka tidakkah anda terfikir kenapa reaksi manusia di situ terlalu lembab?

Seorang pemerhati telah berkata tentang suami Marwa, "Dia bukan seorang yang berambut perang, jadi dia tentu penyerangnya. " Ya, ini logik pada pandangan mereka. Tapi sesekali tidak bagi kita.Itu isu pertama, isu kedua adalah mengapa seakannya media barat cuba menutup isu ini. Langsung tidak dihebohkan. Adakah kerana darah orang Islam tidak sama dengan darah mereka? Ermm.. logik bukan. Hanya orang yang gila sahaja percaya ini.Mungkin ada antara yang membaca entri ini berfikir bahawa ini hanya isu kecil, mengapa perlu dihebohkan. Ada bukan? Ini bukan soal peka semata-mata, cuba anda fikir, kalau Marwa boleh ditikam 18 kali dalam mahkamah, 'tanpa disedari' maka adakah mungkin mereka2 ini menyedari pembunuhan demi pembunuhan yang berlaku nun di Gaza, di Tebing Barat, di Darfur, dan yang terbaru di China. Atau ada antara anda yang masih tidak tahu saudara kita dibunuh di China . Ya, logik la sikit kalau anda tidak tahu, sebab semua pembunuhan tadi berlaku di luar mahkamah.

sumber dari:http://artofthoughts.blogspot.com/2009/07/soerang-wanita-muslim-mesir-di-bunuh-di.html

Antara Michael Jackson & Syahidah Marwa al-Sharbini

Asslamu`alaikum w.b.t
lama sungguh xtr`update blog ni atas kesibukan pada sem ini...di sini,tertarik untuk sy kongsikan satu kisah yang sangat menyentuh hati & penting untuk kita ambil `Cakna`(prihatin) akan nasib saudara seislam kita di zaman mutakhir ini...
Saya sedih, bukan karena kematian MJ yang dipuja jutaan orang di dunia. Tapi saya sedih, karena pada saat yang sama, berlangsung perkebumian seorang muslimah yang Insya Allah menjadi seorang syahidah karena mempertahankan jilbabnya. Marwa Al-Sharbini, seorang ibu satu anak yang sedang mengandung tiga bulan, syahid akibat ditikam sebanyak 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim. Tapi berita ini, sama sekali tidak saya temukan di tv-tv kita , negara yang majaroti penduduknya Muslim, bahkan mungkin, tak banyak dari kita yang tahu akan peristiwa yang menimpa Marwa Al-Sharbini.

Ribuan orang di Mesir yang mengantar jenazah Marwa Al-Sharbini ke tempat istirihatnya yang terakhir, memang mungkin banyak orang yang menangisi kepergian Michael Jackson. Marwa hanya seorang ibu dan bukan superstar seperti MJ. Tapi kepergian Marwa Al-Sharbini adalah lambang jihad seorang muslim. Marwa Al- Sharbini mempertahankan harga dirinya sebagai seorang Muslimah yang mematuhi ajaran agamanya meski pun untuk itu ia kehilangan nyawanya.Marwa Al-Sharbini ditikam di ruang sidang kota Dresden, Jerman saat akan memberikan kesaksian atas ancaman terhadapnya . Ia mengadukan sorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya “teroris” hanya karena ia mengenakan jilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah asal Mesir itu. Di persidangan itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa Al-Sharbini berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, malah terkena tembakan pehak berkuasa keamanan pengadilan yang berdalih tak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam kondisi kritis di rumah sakit Dresden.

Peristiwa ini sepi dari pemberitaan di media massa Jerman dan mungkin dari pemberitaan media massa asing dunia karena yang menjadi korban adalah seorang muslimah yang dibunuh oleh orang Barat yang anti-Islam dan anti-Muslim. Situasinya mungkin akan berbeza jika yang menjadi korban adalah satu orang Jerman atau orang Barat yang dibunuh oleh seorang ektrimis Islam. Beritanya dipastikan akan gempar dan mendunia.Itulah sebabnya, mengapa di tv-tv kita cuma sebuk dengan pemberitaan pemakaman Michael Jackson yang mengharu biru itu. Tak ada berita pemakaman Syahidah Marwa Al-Sharbini yang mendapat sebutan “Pahlwan Jilbab”. Tak ada protes dunia Islam atas kematiannya. Tak ada tangisan kaum muslimin dunia untuknya. Tapi tak mengapa Marwa Al-Sharbini , karena engkau akan mendapatkan tempat yang paling mulia di sisiNya ALLAH SWT . Seiring doa dari orang-orang yang mencintaimu. Selamat jalan saudariku, maafkan kami jika kurang peduli …